Sebelum mencintai seseorang, cintailah diri sendiri terlebih dahulu. Kerana orang yang tidak menyayangi dirinya amat sukar untuk membahagiakan orang lain.

Jumaat, 12 Ogos 2011


Assalamualaikum...

          


 Lame x update blog. Sbuk sangat2. Tambah2 pd bln Ramadhan. Ape2 pun, x trlambat ag asenya lau aku nak ucapkan Selamat Berpuasa… Semoga Ramadhan tahun ini membawa sinar keberkatan kepada krang2 suma  termsuk diri aku jgakk...Amin…Hm, mlm ni ade kesempatan utk sy mengONLINEkan diri. Jadi, tgn ni gatai je nk jenguk2 blog. Hihihi…
            Sebulan berlalu, bnyak sangat dugaan yang menimpa. Bnyak kejadian yang berlaku.Ade yang menggembirakan dan ade yang menyedihkan. Itu kan lumrah kehidupan… Aku tempuhi dugaan yang diberikan dengan tabah. Sebab aku tahu, Tuhan tidak akan menguji umatnya jika umatnya tidak mampu menangani ujian tersebut. Alhamdulillah. Sampai hari ini, aku masih mampu menghirup udara segar di bumi Allah. Masih diberi nikmat kesihatan olehNya.
            Namun, andai nikmat ini menemui titik noktahnya, aku pasrah. Andai tiba saat aku dipanggil untuk mengadap Yang Maha Pencipta, aku reda.
            Cikgu cakap, kalu kita berfikir tentang kematian, kita akan mendapat pahala. Semakin lama hidup, semakin kita tahu tahu betapa banyaknya ilmu Allah yang belum kita pelajari.
            Aku bersyukur Ya Allah.Ramadhan kali ini benar2 membawa seribu rahmat buat aku dan keluarga. Alhamdulillah. Syukur ke atas nikmat yang Engkau kurniakan.


 *          *           *

Untuk minggu kedua Ramadhan, mmg bnyak kerja. Jadual fix terus. Hehehe… Housemate yg lain lau blik je umh kul 2.30, trus tidow. Aku jea yg dk main biji mata. Dia xmo pejam.Aduiii…masalah. Alkisahnya, aku mmg x tidow petang, but mlm lau 10.30 tu mmg da xley celik dh.Dah tertutup trus biji mata. Alamatnya, lau sape2 col aku time tuh, kompem aku cakap merapu. Tu okey ag… buatnya aku ngigau dok ckp kat handpon, xke malu!!! (@_@) xmo2… jgn kol aku lau lbih dr kul 11 mlm…ingt ea.
            Semenjak dua menjak ni…bdn aku ase mkin berat jea…kan3? Kwan aku pom ckp yg aku dam kin bulat… tp maintain cute! Puiii…perasaan mak oiiii.hi3. nk x perasan gane, 2,3 helai jeans aku da terlalu berisiko utk dipakai… ngak mau ahh… DIA ckp, aku bulat xpe…kiut jgn. Thanks yeaaa…mmmuahhh.hi3 <gatai>
            Hope sgt 4 da next week da xde keje yg terlalu bnyak. Letih dh wei…nsib baik kawan aku sgt2 memahami. Kite wak keje smpai nk azan mgrib kan?hi3…kelakar r. Tapi bez kan? Our group dpt full mark. Sayang korang sume... Yushazreen Nazia, Normahani, dan kwn aku yang dah cam amoi ; Norfazlianiey – nama Melayu, muka cam amoiii maaa… jange marah weiii..hihihi

Sekadar Renungan ~~~1


          Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.
Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut ; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut.
          Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil , menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi :
          ” Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru , mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit Executive tersebut.
Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ; ” Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat , ia merayu . Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil”.
Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. “Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.
          Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.
Terima kasih , pakcik, Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.
Tak dapat digambarkan dengan perkataan , Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. 
          Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.
Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .

Pengajaran :
Tuhan tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.
=========