Sebelum mencintai seseorang, cintailah diri sendiri terlebih dahulu. Kerana orang yang tidak menyayangi dirinya amat sukar untuk membahagiakan orang lain.

Ahad, 18 September 2011

Assalamualaikum…

Banyak benda yang menyerabutkan fikiran.Kadang2 terlalu personal utk dikongsikan. Hidup, macam kita naik roller-coaster. Mula2 berada dibawah-kita selesa.Ada kalanya, syaitan sering menghasut untk memberontak.Namun, kita manusia. Menjadi lumrah utk mempunyai perasaan tidak puas hati. Kita mula berangan-angan utk naik ke atas. Kita mampu ke atas~berjaya mengharungi pelbagai dugaan. Namun kita alpa…kita tidak sedar bahawa hidup ini dilimpahi dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Sebagaimana perhubungan. Kita mula khilaf…mula memandang kekurangan orang lain dan mengagungkan kelebihan kita.Tidak berdosakan kita???Bila kita mulai jatuh…baru kita sedar bahawa kesenangan dan kebahagiaan yang Dia limpahi tidak selalunya kita miliki.

Semuanya yang kita miliki adalah kerana keredaanNya.
Manusia!!!yea…manusia.Makhluk ciptaan Allah Yang Maha Kuasa.Diciptakannya dari segumpal tanah. Namun, adakah kita sedar bahawa kita hanya pinjaman sementara.Semua yang kita miliki, akan kita kembalikan.Adakah kita pasti, amal yang kita lakukan sudah mampu dibuat teman untuk menemui Tuhan? Usah bicara tentang orang lain.Biar aku membicarakan tentang diriku. Aku hanya seorang gadis yang masih dibangku sekolah. Mengejar cita-cita ku untuk menjadi guru.Sejenak, aku berfikir tentang amal yang telah aku lakukan.Cukupkah????Ya, kita semua tidak tahu.Kenapa???kerana itu adalah rahsia Allah. Hanya Dia yang mengetahui segalanya… Sesekali penyesalan bermukim di lubuk hati.Keinsafan menjentik tangkai naluri.Aku masih diberi nikmat olehnya…untuk aku memperbaiki segalanya. Untuk aku menambah amalku…dan untuk aku berkhidmat kepada kedua orang tuaku.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan