Sebelum mencintai seseorang, cintailah diri sendiri terlebih dahulu. Kerana orang yang tidak menyayangi dirinya amat sukar untuk membahagiakan orang lain.

Sabtu, 2 Julai 2011

...ASSALAMUALAIKUM...
Semalam…time syok2 dk wat mikroeko, tgn ni gatai jea g bkak radio kat astro.hi3. Aku bukak Thr GEGAR.Ade sal luahan perasaan.Aku wat don’t know ag.Tangan ni menulis tapi telinga dk dengar celoteh DJ.Tetiba, ade pemanggil dr Pasir Mas, Kelantan yang menelefon DJ tuh.Aku pom letak pen coz ase macam kisah dye menarik..Ni yang dia bagitahu…

*                      *                      *

Assalamualaikum…abang, sy dari Pasir Mas, Kelantan.Di sini saya ingin berkongsi kisah cinta saya 3 tahun yang lalu.Pada umur 17 tahun sy telah mngenali seorang lelaki melalui kawan sy.Kami berkawan baik.Apabila result STPM diumumkan, saya mendapat tawaran belajar di universiti di Selangor.Saya minx pendapat di dia dan dia mengatakan mengapa saya perlu melepaskan peluang tersebut.Saya rasa gembira sgt2 dan mnyambung pengajian di sana.Untuk pngetahuan semua si dia bekerja di Perak.Selama saya berada di universiti, dia sering datang melawat saya pada hujung minggu dan hubungan persahabatan kami telah berubah menjadi percintaan.Saya betul-betul sayangkan si dia. Suatu hari, semasa dalam perjalanan pulang ke universiti, sy tanya si dia ke mana hala tuju hubungan kita.Dengan senyuman yang sering meruntun hati, dia memberitahu bahawa dia akan masuk melamar sy apabila umur saya cukup 23 tahun. Saya tersenyum kerana saya tahu dia akan mengotakan janjinya.Hari ini, 23 hari bulan.Saya gembira sangat2 kerana hari ini si dia akan melamar saya untuk menjadi suri hidupnya. Hampir 1 jam menunggu, kelibatnya masih belum kunjung tiba.Saya semakin resah.Saya call tapi tidak diangkat.Di satu simpang jalan, aku lihat kelibat orang ramai yang melihat kemalangan.Saya resah, diakah itu? Saya berlari ke tempat kejadian, Ya Allah! Saya lihat dia terbujur kaku.Kepalanya berlumuran darah.Air mata berlinangan.Esak tangis saya makin kuat kedengaran.Saya pangku tubuhnya, tidak saya hiraukan darahnya yang membasahi baju sya.Saya pegang tangan dia untuk memeriksa nadi.Namun hampa, ajalnya sudah tiba.Genggaman tangan si dia menarik perhatian saya.Tangannya menggenggam sesuatu.Saya buka genggaman itu.Ya Allah…kenapa begini kuat dugaanmu.Air mata saya makin kuat merembes keluar.Sebentuk cincin bertatahkan baru permata putih kemas di genggaman tangannya.Saya menangis dah terus menangis.Tiada siapa yang dapat memisahkan kami kecuali ajal.Saya pasrah.Sekarang, dah 3 tahun berlalu, saya masih begini.Hati saya masih belum terbuka untuk orang lain.

*                      *                      *

Aku yang mendengar cerita dia pom menangis…Aduiii, sedih nyer.Mintak2 laa aku x lalui ape yg dia lalui…AMIN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan