Pramugari Koma Di Tanah Suci
Assalamualaikum w.b.t
Aku mengcopy kisah ni dr blog Hami Asraff... Sarat dengan pengajaran.
Bacalah, mungkin blh mmberi kesedaran bukan saja kepada orang lain
malah untuk diri aku sendiri.
Bacalah, mungkin blh mmberi kesedaran bukan saja kepada orang lain
malah untuk diri aku sendiri.
Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu
ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui
pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam
banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak
akan saya lupakan sampai bila-bila.
Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an.
Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an.
Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya
menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan
masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya
balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.
Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di
Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di
Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya
di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak.
Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk
menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak
sulung dalam keluarga.
Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan
Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan
haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas.
Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.
Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ,
Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ,
kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berj alan lancar
hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang
turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang
sehingga tiba kepada giliran wa nita terbabit.
Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi
Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi
Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai
orang yang dipertanggungjawabk an mengurus jemaah itu, saya pun
bergegas menuju ke arah wa nita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya
pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta
merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa
yang sedang berlaku.
"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...
"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...
kita bawa dia ke hospital," kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat
wa nita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak
jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan
masing-masing.
Sampai di hospital Madinah, wa nita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai
Sampai di hospital Madinah, wa nita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai
usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal.
Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas
mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan
wa nita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan
menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk
mengetahui perkembangan wanita tersebut.
Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari,
wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah,
itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi
seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal,
maka wa nita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan
lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya
berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.
Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan
Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan
ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. M alan gnya, bila
sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wa nita
tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil.
Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.
Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut
Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut
matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi
sebaik saja terpandang wajah saya, wa nita tersebut terus memeluk saya
dengan erat sambil menangis teresak-esak. Sudah tentu saya terkejut sebab
saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??
Saya bertanya kepada wa nita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan..kak
Saya bertanya kepada wa nita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan..kak
taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak
baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."
"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-
"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-
pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan
saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya
mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar
oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin
dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada
nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak
sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.
Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang,
Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang,
kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.
"Habis yang kakak pergi haji ini?"
"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."
"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu
"Habis yang kakak pergi haji ini?"
"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."
"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu
ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.
Dengan suara tersekat-sekat, wa nita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu
Dengan suara tersekat-sekat, wa nita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu
Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab
dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah
kakak buat selama ini.
"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.
"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang
"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.
"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang
balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga.
Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai
tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak
boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta
ampun minta maaf kepada Allah."
"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit
"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit
yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini... putus, jatuh ke
dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan
main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke dalam
api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit
lain dan jururawat memerhatikannya wa nita itu terus bercerita.
Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak
Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak
diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman
sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.
Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran,
Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran,
wa nita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut
kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit
kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak.
Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan. "
sambil bercerita, wa nita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata
dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.
Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu
Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu
sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni nama
saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa
besar.
Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa
Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa
tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri
tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja tapi kakak perlu
makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. Bila ditelan saja buah-
buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia
menikam pula perut kakak".
Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri
Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri
besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak
makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara
api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus..
Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama
Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama
dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman,
tapi...kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah.
Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat
dahaga. Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah
kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."
Saya terus mendengar cerita wa nita itu dengan tekun.. Terasa sungguh
Saya terus mendengar cerita wa nita itu dengan tekun.. Terasa sungguh
kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah
supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup
sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan
buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji
tak akan ingkar perintah Allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji
kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan
dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan
puasa yang selama ini kakak tinggalkan."
Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung
Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung
dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya..
Kalau baik am alan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk
amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita
itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.
"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam
"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam
tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak
dahulu. Kakak bertaubat... kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.
Sejak itu wa nita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke
Sejak itu wa nita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke
Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak
henti-henti. Contohnya, kalau wa nita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib,
dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.
"Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga
"Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga
juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah,
makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.
"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan
"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan
semasa kakak lapar." menurut wa nita itu, sepanjang berada di dalam
Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya
dahulu.
Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan
Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan
dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wa nita itu, takut kerana
ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula.
Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga
mengabaikan kesihatannya.
"Tak boleh Mazlan.. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan.
"Tak boleh Mazlan.. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan.
Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan
juga akan jadi macam kakak. Kakak betul- betul bertaubat."
Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada
Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada
perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka,
pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu,
kakak tak mau wa nita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok
undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wa nita Islam yang
sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia
diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai
rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."
"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau
"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau
seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak
dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok?
Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah..."
"Kakak ber azam , balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz
"Kakak ber azam , balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz
supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak
nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada
nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk
Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi
seperti orang bukan Islam."
Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang
Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang
wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita
yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang
ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar
. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?
Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang
Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang
digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia
bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat
membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,
syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal
dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh...
memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal.... " itu dah
terlambat.
REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN
REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN
WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU
SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI
SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI
" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT"
Wassalam hamiasraff.blogspot.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan